Sections
Dasar Program Bahagian Pandu Puteri Renjer membolehkan ahli menghayati, menguasai dan mengamalkan ilmu pandu puteri serta menyediakan gadisremajamenjadi wanita dewasa yang matang, bertanggungjawab dan berdikari untuk sentiasaberkhidmat kepada masyarakat.
1.1 Ahli Pandu Puteri Renjer ialah seorang gadis yang berumur di antara 16 hingga 17 tahun (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5).
1.2 Seorang bakal ahli Pandu Puteri Renjer yang telah dilantik sebagai Pandu Puteri Remaja hanya perlu mengikuti sebahagian daripada Prinsip Asas Pandu Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai ahli Pandu Puteri Renjer.
1.3 Seorang bakal ahli Pandu Puteri Renjer yang tidak pernah menjadi ahli Pandu Puteri Remaja perlu mengikuti Prinsip Asas Pandu Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai ahli Pandu Puteri Renjer.
Untuk maklumat lanjut:
Sila muat turun Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Bahagian Pandu Puteri Renjer.