Sections

Pandu Puteri Klover (Clovers)

Dasar Program Bahagian Pandu Puteri Klover membolehkan ahli menghayati, menguasai dan mengamalkan ilmu Pandu Puteri serta menyediakan wanita muda menjadi wanita dewasa yang matang, bertanggungjawab dan berdikari untuk sentiasa berkhidmat kepada masyarakat.

1.1 Ahli Pandu Puteri Klover ialah seorang wanita muda yang berumur di antara 18 hingga 30 tahun (Tingkatan 6, IPTA/IPTS, Komuniti).

1.2 Seorang bakal ahli Pandu Puteri Klover yang telah dilantik sebagai Pandu Puteri Renjer hanya perlu mengikuti sebahagian daripada Prinsip Asas Pandu Puteri Klover sebelum dilantik sebagai ahli Pandu Puteri Klover.

1.3 Seorang bakal ahli Pandu Puteri Klover yang tidak pernah menjadi ahli Pandu Puteri Renjer perlu mengikuti Prinsip Asas Pandu Puteri Klover sebelum dilantik sebagai ahli Pandu Puteri Klover.

Untuk maklumat lanjut:
Sila muat turun Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Bahagian Pandu Puteri Klover.