Latest news!

Sun, 30 Mar 2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Saya bagi pihak Persatuan Pandu Puteri ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua . PPPM juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan padu selama ini daripada pihak kerajaan dan semua kementerian, Perdana Menteri Malaysia dan semua Menteri, syarikat swasta, individu- individu, Semua Pemgetua dan Guru Besar Sekolah, Semua Naib Chancellor Universiti dan pengelola, Mantan Penaung, MantanYDP, Mantan LEK, Mantan KP, Mantan KPC, Penaung PPPM, YDP PPPM, LEK PPPM, KPC PPPM, semua pesuruhjaya, pemimpin dan semua ahli PPPM. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada pihak WAGGGS dan semua 153 negara Wagggs atas sokongan terhadap PPPM . Semoga hari raya ini memberi sinar kegembiraan dan kesejahteraan kepada semua! Yang Tulus Iklas , Dato Yeoh Soo Keng Ketua Pesuruhjaya PPPM . ---------- I, on behalf of The Girl Guides Association Malaysia (GGAM) wishes everyone "Selamat Hari Raya". GGAM would like to thank and record our greatest appreciation to the government of Malaysia and all its ministries , the Honorable Prime Minister of Malaysia and all Ministers, the private sector, individuals, headmasters, headmistresses and teachers of schools, Vice Chancellors and their committees of Universities, GGAM Executive Council, Branch Commissioners, current and ex-Patrons & Presidents, ex-Chief Commissioners, branch commissioners and leaders, each and every girl guide. GGAM appreciate very much your great support towards our association . A big thank you also to WAGGGS and all its 153 member countries for the great collaboration with GGAM. May this "Hari Raya" bring everyone happiness and prosperity! Yours sincerely , Dato Yeoh Soo Keng Chief Commissioner , The Girl Guides Association Malaysia .
Read more
Wed, 19 Mar 2025

Suara Belia: Visi Masa Depan | Youth Voices: Vision of the Future

Mari semua kita sertai Amirah, Global Advocacy Champion kita, ketika beliau bercakap tentang perubahan yang diperlukan untuk mewujudkan dunia yang lebih adil dalam acara sampingan dalam talian #CSW69 ini, yang dianjurkan oleh The National Alliance of Women’s Organisations. Para panelis akan berkongsi pandangan, pengalaman, aspirasi, dan permintaan mereka – untuk kita dengar dan ambil perhatian. #ListenToGirls #Beijing30 #allgirlsandwomen https://us02web.zoom.us/j/84990044192?pwd=6ezOq7fnTjIAYbNFqTSyElbEdeSHoU.1 Meeting ID: 849 9004 4192 and Passcode: 830868 Masa: 1:00 A.M. 20th March 2025 NAWO telah menganjurkan acara di CSW dengan hanya suara belia selama hampir satu dekad. Panel interaktif ini akan meneruskan amalan tersebut untuk mendengar suara wanita muda dan memberikan perspektif mereka dari seluruh dunia. --------------------------------------------------------- Dear all, let's join our very own Amirah, a Global Advocacy Champion, as she talks about the transformation needed for creating an equal world at this #CSW69 online side event, held by The National Alliance of Women's Organisations. The panelists will share their views, experiences, aspirations, and requests – for us to hear and heed. #ListenToGirls #Beijing30 #allgirlsandwomen https://us02web.zoom.us/j/84990044192?pwd=6ezOq7fnTjIAYbNFqTSyElbEdeSHoU.1 Meeting ID: 849 9004 4192 and Passcode: 830868 Time: 1am 20th March NAWO has been holding an event at CSW with only youth voices for almost a decade. This interactive panel will continue this practice to hear the voices of young women and provide their perspectives from around the world.
Read more
Fri, 7 Mar 2025

Hari Wanita Sedunia 2025 | International Women's Day 2025

Dalam sambutan Hari Wanita Sedunia 2025, Persatuan Pandu Puteri Malaysia ( PPPM ) telah bekerjasama dengan Siemens dan STEM Academy Malaysia untuk menawarkan latihan teknologi dan kejuruteraan, bagi menginspirasi dan memperkasakan gadis dan wanita muda untuk menceburi kerjaya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) *Kerjasama ini dilancarkan dalam satu acara yang diadakan di bawah tema "#AccelerateAction", dirasmikan oleh YABhg Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia dan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia,Cik Candela Gonzales, Pengerusi Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Wanita Sedunia( WAGGGS ) , YBhg.Dato Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, En.Tindaro Danze, Presiden & CEO Siemens Malaysia, dan Ts. Charlene Ong, Pengetua STEM Academy Malaysia.* Melalui kerjasama ini, Siemens dan STEM Academy Malaysia akan bekerjasama dengan PPPM untuk menyediakan rangkaian sumber dan latihan yang komprehensif, memperkasakan wanita muda dengan kemahiran, alatan, dan keyakinan yang diperlukan untuk cemerlang dan memimpin dalam bidang STEM. Inisiatif ini termasuk pengalaman praktikal dengan teknologi yang relevan dengan industri, seperti: • Kursus Reka Bentuk Produk menggunakan Siemens Solid Edge Software • Pembangunan Laman Web • Kursus Coding & AI • Teknologi 3D Printing • Pembuatan Prototip menggunakan Laser Cutters Inisiatif ini selaras dengan tema Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2025, "Untuk SEMUA Wanita dan Gadis: Hak. Kesaksamaan. Pemberdayaan." "Bidang STEM memainkan peranan penting dalam mencapai Sustainable Development Goals (SDGs), terutamanya dalam memajukan kesaksamaan gender dan memacu pertumbuhan ekonomi. Di seluruh dunia, Persatuan Pandu Puteri telah menyambut Hari Wanita Antarabangsa dengan memperjuangkan usaha yang memperkasakan gadis dan wanita muda untuk mencipta perubahan yang bermakna. Kerjasama ini datang pada saat yang penting, menyediakan peluang unik untuk memupuk pemimpin wanita masa depan Malaysia.” Kami berterima kasih kepada Siemens dan STEM Academy Malaysia kerana menyertai kami dalam perjalanan ini, dan kami mengharapkan impak positif daripada kerjasama masa depan. Kerjasama ini menandakan inisiatif pertama daripada banyak inisiatif untuk memperkasakan wanita dalam STEM dan memupuk pemimpin masa depan Malaysia, memacu kemajuan ke arah masyarakat yang lebih inklusif dan inovatif. --------------------------------------------------------------------- International Women's Day 2025 In celebration of International Women’s Day 2025, The Girl Guides Association Malaysia (GGAM) has partnered with Siemens and STEM Academy Malaysia to offer technology and engineering training, so as to inspire and empower girls and young women to pursue careers in Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM). The partnership was launched at an event held under the theme "#AccelerateAction", officiated by YABhg. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr.Wan Ismail, Wife of The Honourable Prime Minister of Malaysia and President of GGAM , alongside Ms. Candela Gonzales, Chair of the World Association of Girl Guides and Girl Scouts ( WAGGGS) , YBhg. Dato Yeoh Soo Keng, Chief Commissioner of The Girl Guides Association Malaysia( GGAM), Mr. Tindaro Danze, President & CEO of Siemens Malaysia, and Ts. Charlene Ong, Principal of STEM Academy Malaysia. Through this collaboration, Siemens and STEM Academy Malaysia will work with GGAM to provide a comprehensive suite of resources and training, empowering young women with the skills, tools, and confidence needed to excel and lead in STEM fields. This initiative includes hands-on experience with industry-relevant technologies, such as: • Product Design Course using Siemens Solid Edge Software • Website Development • Coding & AI Course • 3D Printing Technology • ⁠⁠Prototype Making using Laser Cutters This initiative aligns with the United Nations' 2025 theme, "For ALL Women and Girls: Rights. Equality. Empowerment." "STEM plays a critical role in achieving the Sustainable Development Goals (SDGs), particularly in advancing gender equality and driving economic growth. Around the world, Girl Guide Associations have marked International Women’s Day by championing causes that empower girls and young women to create meaningful change. This partnership comes at a pivotal moment, providing a unique opportunity to nurture Malaysia’s future female leaders. We are grateful to Siemens and STEM Academy Malaysia for joining us on this journey, and we look forward to the positive impact of future collaborations." This partnership marks the first of many initiatives to empower women in STEM and nurture Malaysia’s future leaders, driving progress toward a more inclusive and innovative society.
Read more
Sun, 23 Feb 2025

Sambutan Hari Peringatan Sedunia PPPM 2025 | GGAM World Thinking Day Celebration 2025

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) meraikan Hari Peringatan Sedunia 2025 bertemakan “Cerita Kita” (Our Story) di Kompleks Sukan Al-Sultan Abdullah Universiti Malaya Pahang. Majlis disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang, diiringi oleh Yang Amat Berbahagia Dato' Seri Dr Wan Azizah Dr. Wan Ismail, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia selaku Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Yang Berusaha Cik Candela Gonzales, Pengerusi Lembaga Dunia, Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, Dato Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohamed Moiz, Timbalan Yang Dipertua PPPM Cawangan Pahang, Professor Dr. Yatimah binti Alias, Vice-Chancellor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, tetamu jemputan dan hadirin yang meliputi segenap lapisan ahli-ahli PPPM. Majlis sambutan menyaksikan pelancaran 109 Tahun Hari Peringatan Sedunia Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2025 di kalangan ahli, tetamu dan rakan Industri PPPM. “Kami telah diberi peluang hari ini selaras dengan Hari Peringatan Sedunia 2025 untuk menulis cerita kami sendiri. Semasa anda meraikan keistimewaan hari ini, luangkan masa untuk berfikir tentang 10 juta saudara Pandu Puteri perempuan anda di 153 negara yang akan berkongsi perjalanan ini dengan anda. Sama ada dekat atau jauh, kita semua dihubungkan dengan janji, nilai, dan impian yang sama untuk visi sebuah dunia yang akan memperkuasakan gadis dan wanita muda. “Tema ‘Our Story’ ini mengingatkan kita akan tanggungjawab kita untuk terus memartabatkan kepimpinan wanita muda, memperkukuhkan semangat perpaduan, dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang. Sambutan Hari Peringatan Peringkat Kebangsaan 2025 yang telah diadakan pada 22-23 Februari 2025 dengan kekuatan sebanyak 18 Kontigen iaitu seramai 1,800 peserta dari seluruh Malaysia. Pelbagai aktiviti dan pertandingkan diantaranya Pertandingan Junk Jam, Diorama Futurama, Pixel Code dan Girl Guides Aerobic. Selain itu terdapat juga pameran dan jualan . Pengalaman ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua ahli Pandu Puteri seluruh Malaysia. Persembahan majlis perasmian turut menyaksi persembahan solo oleh Adik Alya Batrisyia dari SMK Jengka Pusat Maran dengan nyanyian bermakna dan menyentuh hati hadirin, “Greatest Love of All” dan juga pelancaran Penubuhan Pandu Puteri Klover di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang. ----------------------------------------------------------------- WORLD THINKING DAY 2025 “OUR STORY” CELEBRATION BY THE GIRL GUIDES ASSOCIATION OF MALAYSIA (GGAM) The Girl Guides Association of Malaysia (GGAM) celebrated World Thinking Day 2025 themed “Our Story” at the University Malaya Pahang Al-Sultan Abdullah Sports Complex. The ceremony was graced and officiated by the President of GGAM Pahang branch, HRH Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj accompanied by wife to the Prime Minister of Malaysia and President of GGAM YABhg. Dato' Seri Dr Wan Azizah Dr. Wan Ismail, The World Association of Girl Guides and Girl Scouts World Board Chair Ms. Candela Gonzales, Chief Commissioner of Girl Guides Association Malaysia Dato' Yeoh Soo Keng, Vice President of GGAM Pahang Branch, YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohamed Moiz, Vice-Chancellor of University Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Professor Dr. Yatimah binti Alias, GGAM leaders and the rank and file of members of GGAM. The ceremony witnessed the launch of the 109th year of The Girl Guides Association Malaysia World Thinking Day Celebration 2025 among leaders, members, friends and partners of the association. “We have been given an opportunity today on World Thinking Day 2025 to write our own story. As you celebrate, take a moment to think about your 10 million sisters in 153 countries and territories who share this journey with you. Whether near or far, we are all connected by the same promise, the same values, and the same dream of a better world for girls and young women. “The theme, 'Our Story' is a timely reminder of our responsibility to continue to uphold the leadership of young women and its place, strengthen the spirit of unity, and inspire future generations. The 2025 World Thinking Day Celebration was held on 22-23 February 2025 which witnessed a display of strength of 18 Contingents, totaling 1,800 participants from all states in Malaysia. Various activities and competitions included the Junk Jam Competition, Futurama Diorama, Pixel Code and Girl Guides Aerobic. In addition, there were also exhibitions and sales. This experience was designed with the hope to benefit all the Girl Guides throughout Malaysia. The day’s performance was capped by a solo performance by Adik Alya Batrisyia of SMK Jengka Pusat Maran with a beautiful rendition of Greatest Love of All and the day’s proceedings also witnessed the Inauguration of the Launch of the Clover Girl Guides at Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah by the President of GGAM Pahang Branch HRH Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Read more

Activity Schedule

Photo Gallery

BENGKEL LAMAN SESAWANG RASMI PANDU PUTERI 2018
View
BENGKEL ANUGERAH TUNAS HARAPAN KETUA PESURUHJAYA 2018
View
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI TUNAS 2019
View