Latest News

Penghormatan Kepada Pemimpin Besar Persatuan Pandu Puteri Malaysia | Honoring a great leader of Girl Guides Association Malaysia

5 January 2026
Image
Dengan penuh rasa dukacita, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Dato’ Jeyadhevi Subramaniam, mantan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, atas pemergian beliau pada 4 Januari 2026.

Mendiang merupakan seorang pemimpin yang amat dihormati dan telah membimbing ramai ahli Pandu Puteri sepanjang perjalanan kepanduan mereka.

Dedikasi serta komitmen mendiang terhadap Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah luar biasa dan menjadi sumber inspirasi kepada ramai pihak.

Persatuan ini ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa bakti serta pengorbanan mendiang sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia ( PPPM ) dari tahun 2019 hingga 2023, serta pelbagai jawatan yang pernah disandang di Cawangan Negeri Sembilan, bermula sebagai Pesuruhjaya Pandu Puteri, Pesuruhjaya Cawangan dan seterusnya sebagai Timbalan Yang Dipertua Cawangan.

Sebagai tanda penghormatan terakhir, warga Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah mengadakan kunjungan ke kediaman mendiang.

Sebagai tanda penghormatan  terakhir , ahli-ahli Pandu Puteri membentuk dua barisan di kiri dan kanan laluan perarakan, berjalan seketika bersama perarakan tersebut serta memberikan tabik hormat.

Penghormatan ini diketuai oleh Y.M. Raja Datin Seri Dato’ Hajah Salbiah binti Tengku Nujumuddin, Yang Dipertua PPPM  Cawangan Negeri Sembilan;
Dato’ Yeoh Soo Keng,  Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM); Yang Berbahagia Puan Sri Hajah Zalillah binti Mohd Taib, Mantan Ketua Pesuruhjaya PPPM ;
Yang Berusaha Puan Hajah Fatimah binti Mohamed, Mantan Ketua PesuruhjayaPPPM ; barisan Lembaga Eksekutif Kebangsaan; Ketua Pesuruhjaya Cawangan PPPM;
Lembaga Eksekutif Cawangan; Pesuruhjaya Daerah; para pemimpin; serta ahli keluarga besar Pandu Puteri.

Semoga roh mendiang dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Ingatan dan doa kami bersama keluarga mendiang dalam menghadapi masa yang penuh kesedihan ini.

----------------------

With profound sadness, the Girl Guides Association of Malaysia expresses our condolences to the family of Dato Jeyadhevi Subramaniam, the former Chief Commissioner of the Girl Guides Association on her demise on the 4th January 2026.

She was a well respected leader who guided many girl guides in their guiding journey.

Her dedication and commitment towards The Malaysian Girl Guides Association was extraordinary and a source of inspiration to many.

The association wishes to express our appreciation towards her service and sacrifices that she has contributed as the Chief Commissioner of The Girl Guides Association Malaysia from year 2019 to 2023 and the various position she held in Negeri Sembilan Branch from a Girl Guide Commissioner, Branch Commissioner and as the Branch Deputy President.

Members of the Girl Guides Association of Malaysia made a  condolence visit to her residence and  as a mark of  final respect ,formed two rows at both sides of the cortege and walked a short distance  with the cortege and raised their salute lead by the  Y.M. Raja Datin Seri Dato’ Hajah Salbiah binti Tengku Nujumuddin, President of the Negeri Sembilan Branch;
Dato’ Yeoh Soo Keng, the Chief Commissioner of The Girl Guides Association Malaysia (GGAM); Yang Berbahagia Puan Sri Hajah Zalillah binti Mohd Taib, Former Chief Commissioner; Yang Berusaha Puan Hajah Fatimah binti Mohamed, Former Chief Commissioner; members of the National Executive Board; Branch Chief Commissioners of GGAM; members of the Branch Executive Boards; District Commissioners; leaders; and members of the Girl Guides family.

May her soul rest in  peace.

Our thoughts are with her family during this painful period.
ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage