Latest News

Pelancaran Girl Guide Cookies dengan kerjasama Julie’s Biscuits

17 November 2024
Image
Sempena ulang tahun ke-108 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM), ahli-ahli PPPM hadir untuk melancarkan inisiatif Pengumpulan Dana “Girl Guide Cookies”  di Hotel Stripe, Kuala Lumpur. Upacara yang bermula pada jam 10.30 pagi dirasmikan oleh Presiden PPPM dan isteri Perdana Menteri Malaysia, YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail di kalangan hadirin terhormat, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, YB Hannah Yeoh, Duta Besar Republik Rakyat Cina, Ouyang Yujing Dan Puan Song XiaoMei,  Timbalan Yang Di Pertua PPPM, Y.M. Dato’ Tengku Shireen binti Al-Marhum Dato’ Paduka Tengku Suleiman,  Ketua Pesuruhjaya PPPM, Dato’ Yeoh Soo Keng, Pengarah Julie’s Biskut, Encik Martin Ang,  Ahli Lembaga OBPS, Y.Bhg. Dato’ Sri Anne Eu, Yang Dipertua Cawangan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan, hadirin merentasi semua lapisan kepimpinan, ahli-ahli PPPM dan tetamu-tetamu terhormat.

Selaras dengan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, inisiatif Pengumpulan Dana “Girl Guide Cookies” dilancarkan untuk memupuk kesedaran dan mencetuskan pergerakan yang bermakna di kalangan anggota PPPM untuk berdikari dan mampu beroperasi dan menyumbang kepada komuniti-komuniti di lokaliti masing-masing. Dengan menumpukan inisiatif ini untuk menghidupkan Matlamat 4: Pendidikan Berkualiti, Matlamat 12: Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab dan Matlamat 17: Perkongsian untuk Matlamat, PPPM telah beriktihar untuk mereka program yang bukan sahaja akan mencapai kesemua matlamat-matlamat ini tetapi juga bertujuan memelihara tradisi membina kepimpinan, kerja berpasukan, dan khidmat masyarakat di kalangan gadis-gadis dan pemimpin kami.

GGAM berazam untuk dapat menjual 22,000 tin “Girl Guide Cookies”  kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negara melalui 18 cawangannya bagi memastikan kejayaan inisiatif Kutipan “Girl Guide Cookies”.

Dalam ucapan pelancaran sambutan ulang tahun ke-108 Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan pelancaran inisiatif Pengumpulan Dana “Girl Guide Cookies”, Yang Dipertua PPPM dan isteri Perdana Menteri Malaysia, YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail berkata, “Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemilik dan pengurusan Julie's Manufacturing Sdn Bhd atas sokongan mereka yang murah hati. Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka, mereka telah menyediakan produk biskut eksport untuk kami tanpa kompromasi untuk kualiti tertinggi untuk misi kami. Kami mengundang semua untuk bersama-sama meraikan ulang tahun ke-108 Persatuan Pandu Puteri Malaysia dengan dengan menghayati nilai-nilai yang kita raikan setiap hari. Kami amat menghargai sokongan dan kerjasama daripada semua anggota Pandu Puteri dalam menjayakan inisiatif ini!”

Ketua Pesuruhjaya PPPM, Dato Yeoh Soo Keng, menyentuh mengenai objektif yang inigin dicapai, “Agenda kami adalah untuk menjana dana bagi setiap 18 cawangan kami, yang membolehkan mereka menyokong aktiviti dan program mereka yang mampu berdikari. Di samping membina semangat masyarakat dengan menyumbang kepada organisasi amal tempatan, kami percaya PPPM mempunyai peranan penting untuk membawa elemen-elemen positif ke seluruh lapisan Masyarakat.  Fokus kami adalah untuk membantu Ahili-Ahli Pandu Puteri mengembangkan kemahiran keusahawanan mereka melalui perancangan dan pelaksanaan jualan “Girl Guide Cookies”.”  Pandu Puteri juga diajar nilai mengingati kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan warga emas.  Ahli Pandu Puteri digalakkan menyimpan wang saku mereka untuk membeli setin “Girl Guide Cookies” dengan harga RM20 dan menderma kepada mereka yang kurang berupaya.

Makanan adalah sebahagian identiti rakyat Malaysia dan titik kami memperkenalkan diri atau pun bertanya khabar biasanya adalah dengan soalan “Adakah anda sudah makan?” yang boleh disamakan dengan pertanyaan adakah anda sihat. Biskut adalah salah satu makanan yang dinikmati semua lapisan masyarakat Malaysia.  Dengan menyepadukan kedua-dua elemen ini, kami ingin memperkenalkan sesuatu yang benar-benar mewakili konteks budaya kami dan sesuatu yang bermakna. Penjualan “Girl Guide Cookies” adalah satu tradisi untuk Persatuan Pandu Puteri global dan sebahagian tradisi dan amalan pergerakan di seluruh dunia. Untuk membawa kebahagiaan dalam sebuah kotak terutamanya bersempena dengan bulan Hari Warga Emas dan Hari Kanak-Kanak, PPPM berharap agar, selain membeli “Girl Guide Cookies” untuk keluarga, rakyat Malaysia juga dapat menyebarkan kasih sayang dengan menghantar setin “Girl Guide Cookies”  ini ke rumah orang-orang tua dan rumah kanak-kanak.

Inisiatif penggalangan dana melalui penjualan “Girl Guide Cookies” akan merangkumi pengedaran biskut dan aktiviti menarik yang menggalakkan hubungan dan keceriaan dalam kalangan peserta. PPPM percaya inisiatif ini akan mencipta pengalaman bermakna bagi kedua-dua Pandu Puteri dan anggota masyarakat yang menyokong inisiatif ini.

Inisiatif “Girl Guide Cookies” menawarkan peluang berharga untuk menanam kemahiran hidup yang penting dalam kalangan anggota PPPM sambil memberi impak yang bermakna kepada masyarakat. Dengan menjual “Girl Guide Cookies”, kami dapat memupuk kepimpinan, kerja berpasukan, dan rasa tanggungjawab sosial dalam kalangan PPPM. Tambahan pula, dengan menyelaraskan usaha PPPM dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB, PPPM bertekad menguatkan komitmen PPPM terhadap kewarganegaraan global dan amalan lestari.

Program ini juga memberi peluang kepada ahli Pandu Puteri untuk mengembangkan kemahiran keusahawanan dalam diri mereka. Inisiatif “Girl Guide Cookies” yang dikuasakan oleh salah satu jenama yang paling memperkasakan wanita di Malaysia, Julie telah lama menggalakkan kesamarataan dalam iklan-iklan nasional mereka.

---------

In conjunction with the 108th anniversary of the Girl Guides Association of Malaysia (GGAM), GGAM members were present to launch the “Girl Guide Cookies” Fundraising initiative at Stripe Hotel, Kuala Lumpur. The ceremony which started at 10.30a.m, was officiated by the President of GGAM and the wife of the Prime Minister of Malaysia, YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail among the distinguished guests are, Minister of Youth & Sports of Malaysia, YB Hannah Yeoh, His Excellency, Ambassador People’s Republic of China Ouyang Yujing and Madam Song XiaoMei, GGAM Deputy President, Y.M. Dato’ Tengku Shireen binti Al-Marhum Dato’ Paduka Tengku Suleiman, GGAM Chief Commissioner, Dato Yeoh Soo Keng, Director of Julie’s Biscuits, Mr. Martin Ang, OBPS Board Member, Y.Bhg. Dato’ Sri Anne Eu, President of Branches, National Executive Board, State Commissioner, attendees across all levels of leadership, GGAM members and distinguished guests.

In line with the 17 Sustainable Development Goals (SDG) of the United Nations, the “Girl Guides Cookies” Fundraising initiative was launched to foster awareness and trigger a meaningful dialogue among GGAM members towards being independent and able to contribute meaningfully to the communities in their respective localities. By focusing this initiative to bring to life Goal 4: Quality Education, Goal 12: Responsible Consumption and Production and Goal 17: Partnership for Goals, GGAM has set out to design a program that will not only achieve all these goals but also aim to preserve the tradition of building leadership, teamwork, and community service among our girls and leaders.

GGAM is determined to be able to sell 22,000 tins of “Girl Guides Cookies”  to all Malaysians across all states through its 18 branches to ensure the success of the “Girl Guides Cookies” Fundraising initiative.

In the launch speech of the 108th anniversary celebration of the Girl Guide Association of Malaysia and the “Girl Guides Cookies” Fundraising initiative, the President of GGAM and the wife of the Prime Minister of Malaysia, YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail mentioned, "We would like to express our deepest appreciation to the owner and management of Julie's Manufacturing Sdn Bhd for their generous support. As part of their corporate social responsibility, they have provided export cookie products for us without compromising on the highest quality for our mission. We invite everyone to join us in celebrating the 108th anniversary of the Girl Guide Association of Malaysia by living the values we celebrate every day. We greatly appreciate the support and cooperation from all Girl Guide members in making this initiative a success!”

GGAM Chief Commissioner, Dato Yeoh Soo Keng, touched on the objective GGAM wants to achieve, "Our agenda is to generate funds for each of our 18 branches, which enables them to support their activities and programs. In addition to building community spirit by contributing to local charity organizations, we believe GGAM has an important role to usher in positive elements to all levels of our society.  Our focus is to help Girl Guides develop their entrepreneurial skills through the planning and implementation of cookie sales.”  The Girl Guides are also taught the value of caring for the less fortunate children and senior citizens in homes by saving their pocket money to buy a tin of “Girl Guides Cookies” for RM20 and donate it to those in the homes.

Food is part of the identity of all Malaysians and the point at which we introduce ourselves or even say hello is usually with the question "Have you eaten yet?" which can be compared to asking if you are healthy. Cookies are one of the foods enjoyed by all levels of Malaysian society.  By integrating these two elements, we want to introduce something that truly represents our cultural context and something meaningful.  Selling cookies has been an age old tradition in the lineage of the global Girl Guide Association. To bring happiness in a box especially in conjunction with the month of Senior Citizens' Day and Children's Day, GGAM hopes that, in addition to buying GGAM cookies for their families, Malaysians can also spread love by sending these bags of cookies to the homes of the elderly and children's home.

The initiative to raise funds through the sale of “Girl Guides Cookies” will include the distribution of cookies and organising of interesting activities that promote relationships and cheerfulness among the participants. GGAM believes that this initiative will create a meaningful experience for both the movement and community members who support this initiative.

The “Girl Guides Cookies” Fundraising initiative offers a valuable opportunity to instil important life skills among GGAM members while making a meaningful impact on the community. By selling cookies, we can foster leadership, teamwork, and a sense of social responsibility among GGAM members. Furthermore, by aligning GGAM's efforts with the UN's Sustainable Development Goals (SDGs), GGAM is determined to strengthen GGAM's commitment to global citizenship and sustainable practices.

This program will open a window of opportunity for GGAM members to develop their entrepreneurial skills. The “Girl Guides Cookies” Fundraising initiative is powered by one of Malaysia's most empowering brands for women, Julie which has long promoted equality in their national advertisements and stood for the endless possibilities that women can aspire to and achieve.
ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage