Latest News

Penghormatan Kepada Pemimpin Besar Persatuan Pandu Puteri Malaysia

28 April 2024
Image
Penghormatan Kepada Pemimpin Besar Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Dato' Nik Faizah Mustapha
1 hb November 1942 - 28 hb April 2024 .

Al - Fatihah

Persatuan Pandu Puteri Malaysia ( PPPM ) mengucapkan  salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Dato Nik 'Faizah Mustapha diiringi doa agar sabar dan tabah atas kehilangan ini .

PPPM  juga mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Allahyarhamah Dato’ Nik Faizah Mustapha   atas sumbangan khidmat , bakti , dedikasi , komiten yg tertinggi serta kerja keras allahyarhamah untuk  memastikan kemenjadian ahli-ahli dan pemimpin -pemimpin di seluruh negara iaitu di semua cawangan  PPPM terutamanya ketika allahyarhamah menerajui kepimpinan PPPM sebagai Ketua Pesuruhjaya (1983-1993)

PPPM  telah kehilangan seorang  tokoh Pandu Puteri yang sangat berwibawa.

Turut hadir ke majlis pengebumian untuk memberi penghormatan terakhir kepada allahyarhamah ialah Dato’ Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya PPPM, mantan-mantan Ketua Pesuruhjaya PPPM, Puan Hajah Fatimah Mohamad, Puan Sri Zalilah Binti Mohd Taib, Dato Jeyadhevi Subramanian, Pengerusi Rantau Asia- Pasifik WAGGGS, Puan Chempaka Emalin Pahamin, serta pemimpin-pemimpin PPPM.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Dato'Nik Faizah Mustapha  dan ditempatkannya bersama-sama para solihin .


Al Fatihah

The Girl Guides Association of Malaysia (GGAM) extends its condolences to the family members of the late Dato Nik 'Faizah Mustapha with prayers for patience and perseverance over her loss.

The GGAM also expresses its infinite gratitude to the late Dato 'Nik Faizah Mustapha for her service, devotion, dedication, commitment and the hard work to champion the development of members and leaders across the country, touching all branches of GGAM especially during her tenure as Chief Commissioner of  GGAM (1983-1993)

GGAM mourns the loss of a charismatic and authoritative figure in its history .

Also present at the funeral ceremony to pay their last respects to the deceased were Dato' Yeoh Soo Keng, Chief Commissioner of GGAM, former PPPM Chief Commissioners, Puan Hajah Fatimah Mohamad, Puan Sri Zalilah Binti Mohd Taib, Dato Jeyadhevi Subramanian, Chair Asia-Pacific Region  WAGGGS, Puan Chempaka Emalin Pahamin, and also PPPM leaders.

May Allah bless the soul of the late Dato'Nik Faizah Mustapha and place her  among the blessed.

ImageImageImageImageImageImageImageImageImage