Pertandingan GGAM President's Cup - Public Speaking Competition 2026
3 October 2026
🎤✨ Sabtu 3hb Oktober 2026
Hari ini merupakan hari yang sungguh hebat untuk Persatuan Pandu Puteri Malaysia .
Pertandingan GGAM President's Cup - Public Speaking Competition 2026 telah diadakan di Wisma Pandu Puteri Malaysia.
Pandu Puteri Tunas,Remaja danRenjer tampil ke pentas dengan penuh keyakinan dan kesungguhan masing-masing berucap berpandukan tema tahun ini: "Be The Game-Changer" ( Menjadi Pencetus Perubahan ) 🌟
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tulus kepada Presiden / Yang Dipertua kita, YABhg. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, atas kesudian menyerikan majlis dan menyampaikan ucapan yang sungguh memberi inspirasi serta penyampaikan piala kepada pemenang . Penghargaan juga kepada Ketua Pesuruhjaya kita, Dato' Yeoh Soo Keng, atas ucapan pembukaan yang amat bermakna.
Kami juga amat berterima kasih kepada barisan panel hakim yang dihormati atas masa, kebijaksanaan dan kepakaran yang telah dicurahkan: Dato' Mary Lim Thiam Suan, Dr Madiha Fuad, Kuti Raja Biazid, Shamala Devi Balasundaram, Dr Farah Nini Dusuki, Apnizan Abdullah dan Crystal Wong Wai Chin. 👏
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta atas keberanian, persediaan dan semangat anda - setiap seorang daripada anda sudah pun menjadi pencetus perubahan di mata kami.
Terima kasih kepada guru-guru, para ibu bapa dan sukarelawan yang telah menjayakan acara pada hari ini!