Latest news!

Sun, 15 Nov 2026

GIRL GUIDES ASSOCIATION MALAYSIA TO VISIT PAX LODGE, LONDON FOR GLOBAL FRIENDSHIP PROGRAMME 2026

The Girl Guides Association Malaysia (GGAM) will hold its Global Leadership and Unity Visit at World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) World Centres across the world . ​Through the Global Friendship Programme 2026, 20 Girl Guides and GGAM Leaders from 18 branches across Malaysia will depart tonight, 14 November 2026, for London as GGAM's Global Ambassadors to the WAGGGS World Centre, Pax Lodge, in London, United Kingdom. ​They will be there from 15 to 20 November 2026. ​This marks GGAM's fourth visit to WAGGGS World Centres under this programme encompassing 47 Girl Guides and Leaders . ​The visit is held with the main objective of recognising Girl Guides and leaders who have sacrificed a lot of their time , demonstrated commitment, discipline, and excellence in leadership and community service at the state and national levels. ​In addition, the visit aims to strengthen the understanding and appreciation of national identity among Girl Guide members, where each member serves as an ambassador of Malaysia upholding the values of unity, mutual respect, and volunteerism—in line with the Guide Promise to serve God, King, and Country, and to live by the Guide Law. ​Throughout the six-day visit, participants will take part in various leadership activities, cultural exchanges, and international sharing sessions with fellow Girl Guides from around the world at Pax Lodge, while showcasing Malaysian culture, heritage, and uniqueness to the international community. ​It is my hope that this visit will not only nurture young leaders who are more confident, globally minded, and patriotic, but also strengthen international friendship networks and elevate the standing of Girl Guides Association Malaysia on the world stage. Unity is Strength ! ​Building the nation through Girl Guiding, ​Dato' Yeoh Soo Keng Chief Commissioner, The Girl Guides Association Malaysia
Read more
Sun, 15 Nov 2026

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA MELAWAT PAX LODGE, LONDON BAGI PROGRAM PERSAHABATAN GLOBAL 2026

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) akan mengadakan Lawatan Kepimpinan dan Perpaduan Global ke Pusat Dunia Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Melalui Program Persahabatan Global 2026 ini, seramai 20 orang Pandu Puteri dan Pemimpin PPPM daripada 18 cawangan di seluruh Malaysia akan berlepas pada malam ini, 14 November 2026, ke London sebagai Duta Global PPPM ke Pusat Dunia WAGGGS, Pax Lodge, di London, United Kingdom. Mereka akan berada di sana dari 15 hingga 20 November 2026. Ini menandakan lawatan keempat PPPM dibawah program ini yang merangkumi 47 orang ke Pusat Dunia WAGGGS. Lawatan ini diadakan dengan objektif utama untuk mengiktiraf ahli Pandu Puteri dan pemimpin yang telah mengorbankan masa , menunjukkan komitmen, disiplin, dan kecemerlangan dalam kepimpinan serta khidmat masyarakat di peringkat negeri dan kebangsaan. Di samping itu, lawatan ini juga bertujuan memperkukuh pemahaman dan penghayatan jati diri kebangsaan dalam kalangan ahli Pandu Puteri, di mana setiap ahli berperanan sebagai duta Malaysia yang menjunjung nilai-nilai perpaduan, saling menghormati, dan kesukarelawanan—selaras dengan Persetiaan Pandu Puteri untuk berbakti kepada Tuhan, Raja, dan Negara, serta mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri. Sepanjang lawatan selama enam hari tersebut, para peserta akan menyertai pelbagai aktiviti kepimpinan, pertukaran budaya, dan sesi perkongsian antarabangsa bersama rakan-rakan Pandu Puteri dari seluruh dunia di Pax Lodge, sambil mempamerkan budaya, warisan, dan keunikan Malaysia kepada masyarakat antarabangsa. Adalah menjadi harapan saya agar lawatan ini bukan sahaja dapat memupuk pemimpin muda yang lebih berkeyakinan, berfikiran global, dan patriotik, tetapi juga mengeratkan jaringan persahabatan antarabangsa serta memartabatkan kedudukan Persatuan Pandu Puteri Malaysia di persada dunia. Perpaduan adalah kekuatan (Unity is Strength) Berkhidmat untuk negara melalui Pandu Puteri, Dato' Yeoh Soo Keng Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Read more
Sat, 7 Nov 2026

Selamat Menyambut Hari Deepavali

Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua saudari Pandu Puteri, ahli, sukarelawan, rakan kongsi, penyokong, agensi kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih atas sokongan berterusan anda terhadap persatuan kami. Semoga cahaya Deepavali membawa kegembiraan, keharmonian dan kemakmuran kepada anda serta orang-orang yang tersayang. Salam mesra, Dato' Yeoh Soo Keng Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Read more
Sat, 7 Nov 2026

Happy Deepavali

The Girl Guides Association Malaysia wishes a Happy Deepavali to all our guiding sisters, members, volunteers, partners, supporters, government agencies and fellow Malaysians. Thank you for your continued support of our association. May the light of Deepavali bring joy, harmony and prosperity to you and your loved ones. Warmest regards, Dato Yeoh Soo Keng Chief Commissioner The Girl Guides Association Malaysia
Read more

Activity Schedule

Photo Gallery

PERKHEMAHAN PANDU PUTERI REMAJA DAN CABARAN PANDU PUTERI RENJER PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN 2019
View
Cuti Pasukan Pandu Puteri Tunas
View
KLGG Involment in the "Largest Origami Jalur Gemilang Wau Made With Origami"
View