
Penghormatan Kepada Mantan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Allahyarhamah YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali
12.7.1926 – 28.9.2026
AL-FATIHAH
Dengan penuh rasa dukacita, Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) merakamkan setinggi-tinggi penghormatan dan ucapan takziah atas pemergian Mantan Yang Dipertua, Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Allahyarhamah YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali
pada 28 September 2026.
Allahyarhamah merupakan seorang tokoh wanita yang amat disegani serta pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia dari tahun 1981 hingga 2003.
Allahyarhamah telah memberikan sumbangan, perhatian dan sokongan yang amat bermakna terhadap perkembangan gerakan Pandu Puteri di Malaysia.
Bagi keluarga besar Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Allahyarhamah akan sentiasa dikenang sebagai seorang pemimpin wanita yang berwibawa, penyayang dan berdedikasi.
Segala jasa, sumbangan dan kenangan Allahyarhamah bersama Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan sentiasa terpahat dalam sejarah persatuan dan dikenang oleh generasi Pandu Puteri.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan kesilapannya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Takziah kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, seluruh keluarga Allahyarhamah serta semua yang mengenali dan menyayangi beliau.
Al-Fatihah.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia
-------
TRIBUTE TO THE FORMER PRESIDENT OF THE GIRL GUIDES ASSOCIATION MALAYSIA
The Late YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali
12 July 1926 – 28 September 2026
AL-FATIHAH
It is with profound sorrow that the Girl Guides Association Malaysia (PPPM) records its deepest respect and extends its heartfelt condolences on the passing of its former President,
The Late YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali,
who passed away on 28 September 2026.
The late Tun Dr. Siti Hasmah was a highly respected woman leader who served as President of the Girl Guides Association Malaysia from 1981 to 2003.
Throughout her tenure, she made invaluable contributions to, and provided steadfast support and encouragement for, the growth and development of the Girl Guide Movement in Malaysia.
To the Girl Guides Association Malaysia family, she will always be remembered as a distinguished, compassionate and dedicated leader.
Her invaluable service, contributions and cherished memories with the Girl Guides Association Malaysia will forever remain an important part of the Association’s history and will continue to be remembered by generations of Girl Guides.
May Allah SWT shower His mercy upon her soul, forgive her shortcomings and sins, accept her good deeds, and grant her a place among His faithful and righteous servants.
Our deepest condolences to YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, the bereaved family, and all those who knew and loved her.
Al-Fatihah.
The Girl Guides Association Malaysia (PPPM)
