Latest News

Little Girl Guides Camping Peringkat kebangsaan

17 February 2024
Image
Little Girl Guides Camping Peringkat kebangsaan telah diadakan pada 15 hingga 17 Februari di Rumah Pandu Puteri Selangor, Petaling Jaya. Seramai 66 orang peserta daripada Pandu Puteri Kelip-kelip, pemimpin, ajk kem & staf dari Kedah, P.Pinang, Perak, Terengganu, Johor, Melaka, N.Sembilan, WPKL & Selangor telah menyertai Perkhemahan buat julung kalinya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Gear-up Challenge, aktiviti memasak, kraftangan seperti tie die, camp fire night yang bertemakan Pyjamas Night dan sebagainya. Tahniah diucapkan kepada pemimpin Pandu Puteri Kelip-kelip atas satu aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli Pandu Puteri Kelip-kelip semasa cuti sekolah ini. Terima kasih juga kepada KPC Selangor kerana telah memberi keizinan untuk menggunakan seluruh Rumah Pandu Puteri Selangor.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Dato’ Yeoh Soo Keng semasa Camp Fire Night. Jutaan terima kasih diucapkan kerana hadir dan memberikan Cenderahati sempena perayaan Tahun Baru Cina token yang kecil ini dapat memberi kegembiraan kepada semua peserta dan pemimpin yang terlibat.

Majlis perasmian penutupan perkhemahan ini telah disempurnakan juga Dato’ Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya PPPM.
ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage