Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023
26 February 2023
KDYMM Seri Paduka Banginda Raja Pemaisuri Agong, Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 pada 26 Februari 2023 (Ahad) di Stadium tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Turut berangkat DYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah yang juga Penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu.
Turut hadir juga isteri Perdana Menteri Malaysia YABhg. Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Tema Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2023 ialah Dunia kita, Masa Depan Kita yang Damai: Persekitaran dan Keamanan. Tema ini memberikan penekanan terhadap kelestarian kehidupan masa hadapan.