Demo

Prosedur Pendaftaran

1. Pendaftaran Ahli Baru

Pendaftaran Ahli Baru melalui sistem �e-Daftar di Sekolah / Daerah/Cawangan masing-masing.

 

Ahli Seumur Hidup

i) Isi Borang Ahli Seumur Hidup di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM)

ii) Yuran: RM 250.00 sekali bayar sahaja.

iii) Kelayakan:

  • Ahli PPPM yang berumur 35 tahun.
  • Ahli PPPM yang kurang daripada 35 tahun perlu bayar pendahuluan RM 5.00 bagi setiap tahun sehingga umur 35 tahun.
  • Contoh: Jika umur 30 tahun
  • Bayaran (RM5.00 x 5 tahun) + RM250.00 = RM RM25.00 + RM250.00 = RM275.00

iv) Cetak/scan borang dan hantar ke Ibu Pejabat bersama bayaran atau bukti pembayaran.

Pendaftaran Pasukan Baru / Semula

i) Isi Borang Pendaftaran Pasukan/ Semula secara atas talian di laman sesawang PPPM.

ii) Salinan borang yang telah ditandatangan hendaklah dicetak dan dihantar ke Ibu Pejabat bersama-sama bayaran atau bukti pembayaran.

4. Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan

i) RM 2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Remaja / Renjer).

ii) RM 5.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa / Pemimpin / Guild Trefoil).

iii) Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula.

iv) Dibayar sebelum 31 April setiap tahun.

5. Cara Pembayaran:

i) Bayaran melalui Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau dibayar terus kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

ii) Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama "PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA" di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

iii) Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bank : CIMB

Nama Akaun : Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Nombor Akaun : 1426-0006320-004 (Fak/pos/emailkan salinan transaksi bank ke Persatuan Pandu Puteri Malaysia).

Sila dapatkan resit daripada pihak yang menerima bayaran yuran sebagai bukti pembayaran.

 

Lengkapkan borang-borang pendaftaran berikut:

Borang Pendaftaran 2 - Borang Senarai Nama Ahli Dewasa - Pemimpin

Borang Pendaftaran 3 - Borang Senari Nama Ahli Pasukan

Catatan: Borang-borang tersebut boleh dimuat turunkan atau diperoleh daripada Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sertakan salinan Sijil Pendaftaran Pasukan / Guild (Untuk Pendaftaran Semula dan Pemberian Nama Baru Pasukan/Guild). Jelaskan pembayaran yuran yang berkenaan.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia di alamat berikut:

Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu. 59700 Kuala Lumpur.

No. Tel: 03-22827776 / 03-22840229

SMS: 012-2646820 / 012-2646850

Faks: 03-22826579

Alamat Emel: panduputerimalaysia@gmail.com