Demo

Perutusan Hari Peringatan Sedunia 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ahli-ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri seluruh dunia akan sekali lagi meraikan hari kelahiran pengasas pergerakan ini iaitu LordBaden Powell dan Lady Baden Powell padatanggal 22 Februari setiap tahun. Ianya jugadiraikan sebagai suatu hari yang meraikanpersahabatan antarabangsa dan kesatuandalam mencapai misi dan visi pergerakan iniuntuk menjadi warga dunia yang bertanggungjawab. Hari ini juga harusdikhususkan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin yangtelah banyak berjasa membina persatuan kita ke tahap yang sedia ada.

Tema tahun ini ialah Grow yang seerti dengan ‘Mampan” dan membawakepada pengertian “kemampanan dalam berkembang; bersifat terbuka danterbentang; tersebar atau tersiar” khususnya dalam segala perancangan danperbuatan seharian kita. Setiap gadis seharusnya mempunyai dan diberipeluang untuk berkembang, belajar dan mencapai potensi kendiri. Sudah tentulebih ramai lagi kanak-kanak perempuan dan wanita perlu diberikanpendedahan tentang pergerakan ini dan menjadi sebahagian daripadapergerakan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.

 

Sambutan Hari Peringatan Sedunia tahun 2017 harus dihebahkan dandipanjangkan kepada lebih banyak gadis-gadis dan wanita muda sebagai satupelawaan untuk menyertai pergerakan ini agar mereka akan juga dapatmelalui pengalaman- pengalaman yang menarik menerusi aktiviti dan programserta latihan Pandu Puteri; menerima pelbagai disiplin ilmu; membinapengetahuan bagi menjadikan hidup lebih bermakna apabila menjadisebahagian daripada pergerakan ini.

Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia mahukan sebuah dunia dimana semua gadis mempunyai ruang yang selamat dan mudah untukmengecapi banyak pengalaman menarik, relevan serta memiliki pengalamanyang berfaedah. Dianggarkan terdapat kira-kira 800 juta wanita di seluruhdunia dan 10 juta daripada mereka adalah ahli Persatuan Pandu Puteri danPengakap Sedunia. Lebih ramai lagi kanak-kanak perempuan dan wanitadewasa perlu didekati untuk mernarik minat mereka mendaftar sebagai ahlipersatuan yang ulung ini.

Hari Peringatan Sedunia merupakan suatu peluang yang baik dan positif untukmemberikan gambaran kepada masyarakat awam bahawa betapa hebatnyamenjadi ahli Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia danbagaimana peluang ini akan menggalakkan lebih ramai anak gadis dan beliawanita untuk melibatkan diri sebagai ahli.

Pek aktiviti Hari Peringatan Sedunia 2017 akan membantu ahli-ahli untukberfikir tentang perkembangan aktiviti kesukarelaan dan lain-lain yangbermanfaat dalam komuniti di persekitaran kita. Ia telah direka untukdigunakan sepanjang tahun oleh pasukan Pandu Puteri dan Pengakap Puteriuntuk membantu menarik ahli-ahli baru berpotensi untuk membina potensi diridan sekaligus mengembangkan pergerakan Persatuan Pandu Puteri danPengakap Puteri Sedunia.

Sejak tahun 1932 Hari Peringatan Sedunia juga telah membuka peluangpenting untuk mengumpul dana bagi menyokong kerja-kerja WAGGGS' diseluruh dunia. Dana yang dikumpulkan pada Hari Peringatan Sedunia ini akanmenyokong pelaksanaan perancangan aktiviti WAGGGS dan memberi peluangmengubah kehidupan kanak-kanak perempuan seluruh dunia. Sumbanganboleh membantu kita untuk maju dan mencapai lebih banyak gadis-gadis danwanita muda. Pada tahun 2017,para ahli digalakkan untuk menderma kepadaTabung secara atas talian atau melalui kutipan Tabung Hari PeringatanSedunia.

Semoga semua ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus mengoraklangkah dengan iltizam yang tinggi, komitmen yang jitu dan memegangkepada Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri menjadi warga duniayang disegani dan dihormati. Eleanor Roosevelt pernah berkata, “People growthrough experience if they meet life honestly and courageously. This is howcharacters are built.”

Selamat Menyambut Hari Peringatan Sedunia 2017.

Normala Baharudin
Ketua Pesuruhjaya
Persatuan Pandu Puteri Malaysia
22 Februari 2017