Demo

Anugerah Sri Kandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Anugerah Sri Kandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia disampaikan setiap dua tahun sebagai:

  • Penghargaan kepada seorang ahli yang pernah atau sedang terlibat dalam Persatuan Pandu Puteri sehinggakan boleh dijadikan sebagai teladan (role model) dalam kerja sukarela dan berjaya menaikkan nama dan martabat Persatuan Pandu Puteri sama ada di peringkat Daerah, Cawangan atau Kebangsaan.
  • Penghormatan kepada wanita yang kerap menggunakan sumber, bakat dan pengaruh yang ada padanya secara efektif untuk membantu wanita lain mencapai potensi mereka.
  • Penghormatan kepada wanita bukan warga negara Malaysia yang memberi sumbangan meningkatkan imej Persatuan Pandu Puteri Malaysia di negara Malaysia

Anugerah Srikandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia terdiri daripada:

  • Pingat Emas Sri Kandi
  • Sebuah Trofi
  • Sijil


Kriteria

Calon hendaklah dicalonkan oleh Persatuan Pandu Puteri Cawangan atau Ibu Pejabat Kebangsaan dan memenuhi kriteria berikut:

  • Seorang wanita yang tulus dan berperibadi mulia
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan yang cemerlang dan menggunakan kemahiran ini untuk meluaskan lagi peluang wanita lain
  • Menjadi contoh (Role Model) dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia
  • Memberi sumbangan yang cemerlang sebagai seorang sukarelawan atau pun seorang profesional dalam jangka masa yang signifikan
  • Berjuang untuk menggalakkan semangat berdikari di kalangan wanita
  • Memula dan menyelenggarakan dengan sempurna beberapa program yang memenuhi keperluan khas untuk wanita
  • Menyumbang dan meningkatkan status pencapaian dan perkembangan ahli dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

 

Proses Pemilihan Anugerah Sri Kandi

  • Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghantar criteria yang telah ditetapkan kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan.
  • Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan Jawatan Kuasa Pemilihan Cawangan kenal pasti calon mengikut criteria yang telah ditetapkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
  • Ketua Pesuruhjaya Cawangan menghantar nama calon yang telah dipilih kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk perhatian Jawatan Kuasa Anugerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
  • Jawatan Kuasa Anugerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menghalusi latar belakang calon.
  • Jawatan Kuasa Anugerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan bermesyuarat dan membuat pilihan.
  • Calon akan menerima tawaran dan borang biodata untuk dilengkapkan dari Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
  • Calon memulangkan borang biodata kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
  • Surat jemputan ke Majlis Anugerah Sri Kandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan dihantar kepada penerima yang bersetuju menerima anugerah tersebut dua minggu sebelum tarikh majlis penganugerahan.
  • Majlis Anugerah diadakan dan calon menerima Anugerah tersebut.
  • Dua orang ahli keluarga penerima akan dijemput ke Majlis Anugerah Sri Kandi.
  • Keputusan Jawatan Kuasa Penilaian adalah muktamad.

 

Pingat Bintang Kehormatan

Pingat Bintang Kehormatan adalah Penghormatan yang tertinggi sekali dan diberi kepada ahli-ahli periman yang membuat jasa terbaik kepada Persatuan Pandu Puteri seluruhnya.

 

Penerima Anugerah Tahun 2000 - 2006

Tahun 2000

1.Anugerah Sri Kandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia

    • Y.B. Datin Paduka Hajah Zaleha bt Ismail
    • Y.Bhg. Dato Hajah Hendon bt Haji Din
    • Puan Junie Simon

2.Anugerah Pingat Bintang Kehormatan

  • Y.A.B. Dato  Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd. Isa bin Hj. Abdul Samad
  • Y.Bhg. Tan Sri Halim bin Saad

3.Anugerah kepada Mantan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia

  • 1958 - 1972 : Puan L. Navaratnam
  • 1973 - 1982 : Y.Bhg. Dato Hajah Hendon bt Haji Din
  • 1983 - 1993 : Puan Nik Faizah bt Mustapha
  • 1993 - 1998 : Puan Hajah Halimah bt Mohd Taib (Allah Yarhamah)

Tahun 2002

1.Anugerah Sri Kandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia

  • Y.A.M. Raja Zarith Sofiah bt Almarhum Sultan Idris Shah
  • Y.Bhg. Dato Asiah bt Abu Samah
  • Puan Saroja S. Param

2.Anugerah Pingat Bintang Kehormatan

  • Y.Bhg. Datuk Abdul Rafie bin Mahat

Tahun 2004

1.Anugerah Sri Kandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia

  • Y.T.M. Dato Tunku Mukminah bte Y.T.M. Tunku Mohd Jiwa
  • Puan Hasnah Saad
  • Puan Beh Suat Pheng (Khoo Suat Pheng)

2.Anugerah Pingat Bintang Kehormatan

  • Y.Bhg. Tan Sri Azman Bin Hashim
  • Y.M. Dato Raja Ruslan Bin Raja Samad
  • Puan Hajah Fatimah bte Mohamed

Tahun 2006

1.Anugerah Sri Kandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia

      • Y.M. Tunku Dato Hajjah Fatimah Binti Tunku Sulaiman
      • Y.Bhg. Toh Puan Rahimah Stephens
      • Yang Hormat Dato Nik Faizah Mustapha

2.Anugerah Pingat Bintang Kehormatan

    • Y.Bhg. Dato Lim Kang Yew
    • Puan Hajah Noor Rezan Bt. Bapoo Hashim