Demo

Tentang Anugerah Pandu Puteri Raja

Anugerah Pandu Puteri Raja merupakan Anugerah tertinggi dalam Program Pandu Puteri yang diberi kepada Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer yang berkualiti. Antara prasyarat untuk Anugerah Pandu Puteri Raja ialah:

  • Calon telah lulus Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya Malaysia.
  • Calon telah memperoleh Bintang Pandu Puteri II dan Bintang Pandu Puteri III.
  • Calon berjaya merancang dan mengendalikan satu projek khidmat masyarakat selama sekurang-kurangnya tiga bulan secara berterusan dengan memberi tumpuan minimum empat jam seminggu.
  • Calon telah menyertai dengan jayanya Bengkel Selalu Sedia sebelum calon meningkat umur 18 tahun.