Demo

Anugerah Penghargaan Rantua Asia Pasifik

(Asia Pacific Region Appreciation Award)

Tujuan:

Untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang telah memberi perkhidmatan dan sumbangan yang cemerlang kepada perkembangan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di negaranya dan bukan merupakan penjawat di Pertubuhan Kebangsaan.

Objektif:

Untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang:

1.Bukan merupakan menjawat di Pertubuhan Kebangsaan

2.Menonjol sebagai teladan (role model)

3.Menggunakan sumber, bakat dan pengaruhnya untuk menggalakkan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di negaranya

4.Menggunakan kedudukannya untuk mempertingkatkan imej Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di negaranya

5.Belum pernah menerima anugerah lain dalam Rantau dan WAGGGS

Keterangan:

1.Anugerah ini diberi setiap tiga tahun sekali

2.Sijil dan Pin akan diberi kepada ketua delegasi Negara Ahli penerima di Persidangan Rantau

3.Pin ini boleh dipakai dengan atau bukan dengan pakaian seragam, bergantung kepada arahan Pertubuhan Kebangsaan

Kriteria:

Calon hendaklah:

1.Seorang individu yang boleh diteladani

2.Memberi sumbangan yang cemerlang sebagai ahli / sukarelawan atau staf Pertubuhan Kebangsaan selama sekurang-kurangnya 10 tahun

3.Menyumbangkan masa dan kepakarannya untuk perkembangan Pandu Puteri / Pengakap Puteri

4.Menunjukkan kebolehannya dalam mempromosi dan memperkembangkan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di negaranya

5.Menonjolkan kepimpinan

Permohonan

1.Permohonan anugerah ini dibuka kepada semua Negara Ahli di awal tahun pada tahun sebelum tahun Persidangan Rantau diadakan

2.Tarikh tutup permohonan sampai di World Bureau ialah pada 30 November pada tahun sebelum tahun Persidangan Rantau diadakan.

3.Setiap Negara Ahli boleh mencalonkan tidak lebih lima (5) orang ahli setiap tiga tahun

4.Negara Ahli perlu menghantar nama dan penerangan ringkas tentang sumbangan calon. Ini perlu diluluskan oleh Badan Eksekutif Pertubuhan Kebangsaan dan disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya atau Presiden Kebangsaan.