Demo

Anugerah Kepimpinan Asia Pasifik

(Asia Pacific Leadership Awards)

Tujuan:

Menghargai pencapaian ahli dewasa di Negara Ahli di seluruh Rantau Asia Pasifik

Objektif:

Memberi insentif dan motivasi kepada ahli dewasa yang:

  • merupakan teladan (role model) yang berkesan dalam bidang perkhidmatannya
  • memberi sumbangan yang cemerlang dalam bidang perkhidmatannya
  • mengalami tahap perkembangan kendiri yang tinggi yang membolehkan mereka memberi sumbangan yang berkualiti terhadap Pandu Puteri / Pengakap Puteri

Jenis Anugerah:

1.Anugerah Kepimpinan Asia Pasifik untuk Pemimpin Pasukan (Asia Pacific Leadership Award as Troop / Unit Leaders)

2.Anugerah Kepimpinan Asia Pasifik untuk Pemimpin Daerah / Cawangan (Asia Pacific Leadership Award as District / State Leaders)

3.Anugerah Kepimpinan Asia Pasifik untuk Sumbangan terhadap Pandu Puteri / Pengakap Puteri (Asia Pacific Leadership Award for Service to Girl Guiding / Girl Scouting)

Keterangan:

1.Anugerah ini diberi setiap tahun selepas mesyuarat Jawatan Kuasa Rantau Asia Pasifik

2.Penerima anugerah akan mendapat sijil dan pin. Pin ini boleh dipakai dengan pakaian seragam atau tanpa pakaian seragam, bergantung kepada arahan Persatuan Kebangsaan

Kriteria untuk Anugerah Kepimpinan Asia Pasifik untuk Pemimpin Pasukan (Asia Pacific Leadership Award as Troop / Unit Leaders)

Pemohon mestilah:

1.Ahli Aktif Persatuan Kebangsaan

2.Pemegang waran, sijil atau yang setarafnya untuk menunjukkan bahawa pemohon berkelayakan untuk memimpin remaja wanita dan wanita muda dalam pasukan

3.Menerima pengiktirafan daripada peringkat kebangsaan sebagai pemimpin pasukan yang cemerlang, sama ada dalam bentuk anugerah, sijil atau kredit yang setaraf

4.Memberi sumbangan yang signifikan sebagai sukarelawan dalam pasukannya dalam lima (5) tahun yang lepas

5.Terus memperkembangkan dirinya dan peranannya sebagai pemimpin dewasa kepada remaja wanita / wanita muda

6.Telah mempengaruhi dan membantu seorang dewasa yang lain untuk menjadi Pemimpin pasukan Pandu Puteri

7.Bekerjasama dengan badan / organisasi tempatan, kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) untuk melibatkan pasukannya dalam projek pembangunan masyarakat yang sesuai dengan pasukannya.

8.Mempromosi secara berkesan projek dan program WAGGGS kepada ahli pasukannya

9.Mempunyai hubungan yang positif dan membina dengan ahli pasukannya

Kriteria untuk Anugerah Kepimpinan Asia Pasifik untuk Pemimpin Daerah / Cawangan (Asia Pacific Leadership Award as District / State Leaders)

1.Ahli Aktif Persatuan Kebangsaan

2.Pemegang waran, sijil atau yang setarafnya untuk menunjukkan bahawa pemohon berkelayakan untuk memimpin ahli dewasa di peringkat daerah / cawangan

3.Menerima pengiktirafan daripada peringkat kebangsaan sebagai pemimpin daerah / cawangan yang cemerlang, sama ada dalam bentuk anugerah, sijil atau kredit yang setaraf

4.Terus memperkembangkan dirinya dan peranannya sebagai pemimpin dewasa kepada ahli dewasa peringkat daerah / cawangan

5.Memberi sumbangan yang signifikan sebagai sukarelawan di peringkat daerah / cawangan dalam lima (5) tahun yang lepas

6.Telah mempengaruhi dan membantu seorang dewasa yang lain untuk menjadi Pemimpin peringkat daerah / cawangan

7.Bekerjasama dengan badan / organisasi tempatan, kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan projek pembangunan masyarakat yang sesuai dengan daerah / cawangan

8.Mempromosi secara berkesan projek dan program WAGGGS kepada ahli daerah / cawangan

9.Mempunyai hubungan yang positif dan membina dengan ahli dewasa, muda dan remaja di peringkat daerah / cawangan

10.Menggalakkan perwakilan yang seimbang dari segi umur untuk jawatan yang melibatkan proses membuat keputusan di daerah / cawangan

Kriteria untuk Anugerah Kepimpinan Asia Pasifik untuk Sumbangan terhadap Pandu Puteri / Pengakap Puteri (Asia Pacific Leadership Award for Service to Girl Guiding / Girl Scouting)

1.Staf sepenuh masa Negara Ahli selama sekurang-kurangnya lima (5) tahun atau telah memberi khidmat sukarela selama sekurang-kurangnya lima (5) tahun

2.Sentiasa menjalankan tugas dengan cemerlang dan mencapai tahap yang melebihi jangkaan biasa

3.Memberi sumbangan yang signifikan dalam usaha mempromosi WAGGGS dan Rantau Asia Pasifik di dalam dan luar persatuan

4.Teladan (role model) kepada staf / sukarelawan yang lain

5.Untuk staf sahaja: Melibatkan sukarelawan dan staf di luar tugasan, di dalam dan luar persatuan
Terus memperkembangkan dirinya dalam peranannya sebagai staf profesional

Cara Permohonan

1.Cawangan menghantar nama pemohon yang layak beserta jawatannya kepada Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia serta mengisi borang yang disediakan untuk anugerah yang dipohon

2.Setiap pemohon hanya boleh dianugerahkan untuk satu jenis anugerah sekali sahaja

3.Setiap Negara Ahli boleh mencalonkan

  • Tidak lebih 50 orang calon untuk Anugerah Kepimpinan Asia Pasifik untuk Pemimpin Pasukan (Asia Pacific Leadership Award as Troop / Unit Leaders)
  • Tidak lebih 15 calon untuk Anugerah Kepimpinan Asia Pasifik untuk Pemimpin Daerah / Cawangan (Asia Pacific Leadership Award as District / State Leaders)
  • Tidak lebih lima (5) calon untuk Anugerah Kepimpinan Asia Pasifik untuk Sumbangan terhadap Pandu Puteri / Pengakap Puteri (Asia Pacific Leadership Award for Service to Girl Guiding / Girl Scouting)