Demo

Pingat

Pingat Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Kehormatan Bagi Mereka Yang Berpakaian Seragam

 

LAYANG-LAYANG

Layang-layang adalah penghormatan yang tertinggi kepada sesiapa yang membuat jasa terbaik kepada Persatuan Pandu Puteri seluruhnya, dan cuma dapat diberi oleh Jawatankuasa Kerja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di ketika yang istimewa.

 

AGOK BAKTI: - LEBAH

Lebah diberi kepada sesiapa yang membuat jasa istimewa kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia

 

PINGAT JASA

Pingat Jasa diberi kepada sesiapa yang membuat bakti luar biasa kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia

 

TANGKAI PADI

Pingat Tangkai Padi diberi kepada orang yang membuat jasa terpuji kepada Persatuan

Kehormatan Bagi Ahli Periman

PINGAT BINTANG KEHORMATAN

Pingat Bintang Kehormatan adalah Penghormatan tertinggi dan diberi kepada ahli periman yang membuat jasa terbaik kepada Persatuan Pandu Puteri seluruhnya.

PINGAT TERIMA KASIH

Pingat Terima Kasih diberi kepada ahli periman yang memberi perkhidmatan terpuji kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Ini adalah satu hak istimewa Persatuan, dengan persetujuan Pemimpin dan Pesuruhjayanya untuk memberi Pingat Terima Kasih kepada seorang sahabat Persatuan yang bukan ahli tetapi telah banyak memberi jasa kepada Pandu Puteri, atau kepada ahli persatuan yang tidak berpakaian seragam. Ahli yang menerima Pingat ini mempunyai hak menggunakan perkhidmatan Persatuan sepanjang masa.

Untuk Pemimpin - PINGAT JASA LAMA
Pingat Jasa Lama ini boleh diberi kepada mana-mana Pemimpin yang telah memberi perkhidmatan selama 10 tahun kepada Persatuan Pandu Puteri, dan perkhidmatan itu tidak semestinya berjalan terus menerus. Pingat ini boleh diberi oleh Pesuruhjaya sendiri.

Pingat Jasa Lama ini boleh diberi kepada mana-mana Pemimpin yang telah memberi perkhidmatan selama 15 tahun kepada Persatuan Pandu Puteri, dan perkhidmatan itu tidak semestinya berjalan terus menerus. Pingat ini boleh diberi oleh Pesuruhjaya sendiri.

 

Pingat Jasa Lama ini boleh diberi kepada mana-mana Pemimpin yang telah memberi perkhidmatan selama 20 tahun kepada Persatuan Pandu Puteri, dan perkhidmatan itu tidak semestinya berjalan terus menerus. Pingat ini boleh diberi oleh Pesuruhjaya sendiri.